Connect with us

Oh! Media

PGA Bantu Kawal Operasi Musnah Kebun Haram Musang King

Cover Photo Om 1200 X 675 13

Trending

PGA Bantu Kawal Operasi Musnah Kebun Haram Musang King

Operasi memusnahkan kebun durian yang ditanam secara haram di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub, Pahang tergendala apabila beberapa jambatan simen dirobohkan.

BACA: Operasi Musnah Kebun Durian Terhenti, Jambatan Simen Dirobohkan

Gara-gara provokasi melampau itu juga, pihak polis telah menempatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan jambatan simen rosak selain kawalan di semua kawasan aktiviti penebangan.

IKLAN
Durian Haram Musang King

Memetik laporan Utusan Malaysia, sejak semalam pihak polis dan PGA turut melakukan dua sekatan jalan raya 24 jam di laluan utama masuk ke kawasan kebun itu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), JPNP, Nor Azirim Ahmad, kehadiran anggota PGA memberi kesan besar apabila operasi kini berjalan lancar. Petugas jabatan juga bersemangat untuk menjalankan operasi.

Kita berharap operasi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak dan provokasi pihak tidak bertanggungjawab tidak berulang.

Hari ini kita menambah lebih 30 kakitangan JPNP menjadikan keseluruhan kira-kira 65 kakitangan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang.

Bagi menjalankan operasi penguatkuasaan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menambah 30 lagi kakitangan menjadikan jumlah keseluruhan 65 orang. Operasi yang bermula pada 3 Julai lalu dijangka mengambil masa sehingga 2 Ogos ini.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas