Connect with us

Oh! Media

Petunjuk Baharu Lokasi Pesawat MH370 Akan Disemak

Ohmedia mh370

Trending

Petunjuk Baharu Lokasi Pesawat MH370 Akan Disemak

Tragedi MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 sudah pasti masih diingati seluruh rakyat Malaysia. Sejarah hitam negara itu masih misteri sehingga ke hari ini yang menghilangkan semua 227 penumpang dan kita masih belum tahu apa sebenarnya terjadi kepada pesawat jenis Boeing 777 itu.

Bagaimanapun, tahun ini dikatakan ada petunjuk baru dalam mengenal pasti lokasi pesawat terbabit. Perkara itu dilaporkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) yang bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam satu kajian berhubung dokumen dikeluarkan jurutera aeronautik Birtain, Richard Godfrey.

Sebarang perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan China dan Australia berdasarkan bukti yang boleh dipercayai, yang mungkin membawa kepada pencarian baharu bagi pesawat yang hilang MH370.

MOT bersimpati kepada ahli keluarga mangsa serta berpandangan bahawa sebarang bukti baharu boleh dipercayai yang mungkin membawa kepada penemuan lokasi pesawat MH370 perlu dipertimbangkan dan diteliti sewajarnya.

Semakan itu turut dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi. Selepas itu, terpulang kepada kerajaan Malaysia samaada akan memutuskan untuk menjalankan pencarian lanjut pesawat MH370.

IKLAN

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas