
Trending
Petugas KLIA Alami Kecederaan Ringan Selepas Ditumbuk Penumpang
Baru-baru ini tular di media sosial menunjukkan insiden pergaduhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pergaduhan tersebut membabitkan seorang petugas syarikat penerbangan dan seorang penumpang dan perkara itu disahkan oleh KPD KLIA, Azman Shari’at.
Punca kejadian kerana lewat daftar masuk penerbangan

Pergaduhan berpunca dari kelewatan mendaftar masuk untuk penerbangan. Akibat perselisihan faham tersebut telah berlaku pergaduhan kecil dan petugas mendapat kecederaan ringan.
Dalam video yang tular itu menunjukkan lelaki memakai baju hijau menumbuk lelaki berbaju gelap dipercayai petugas syarikat penerbangan.
Oleh yang demikian, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
