Connect with us

Oh! Media

Pesara Tentera Maut, Suspek Tuduh Mangsa Jalin Hubungan Sulit Dengan Isterinya

pesara tentera

Trending

Pesara Tentera Maut, Suspek Tuduh Mangsa Jalin Hubungan Sulit Dengan Isterinya

Mayat seorang pesara tentera ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan di Selama, semalam. Perasaan cemburu telah menjadi punca pembunuhan itu berlaku.

ADVERTISEMENT

BACA: Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Lelaki Mabuk

Menurut Kosmo, mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badannya dan keadaannya sudah hampir busuk.

Dilarikan secara paksa

pesara tentera
Laluan Bukit Sumpitan, Selama (Foto: Kosmo)

Mayat mangsa ditemui di jalan pintas dari Selama ke Gerik melalui Banjaran Titiwangsa dan merupakan kawasan sunyi serta jarang dilalui kenderaan.

Menerusi laman Kosmo, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu mengenai kes seorang pesara tentera yang dilarikan secara paksa dari rumahnya oleh dua individu, termasuk seorang anggota tentera pada jam 3 petang Ahad lalu.

Ketika kejadian, kedua-dua suspek bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera.

Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis.

Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian.

Menggunakan senjata tajam

pesara tentera
Hospital Raja Permaisuri ( Foto: Kosmo)

Menurut Mior Faridalathrash, sembilan kes tikaman pada badan mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam. Lima tikaman dikesan pada bahagian belakang, manakala empat lagi di bahagian depan.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana suspek yang juga anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Beliau juga mengatakan, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas