Connect with us

Oh! Media

Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Lelaki Mabuk

penunggang motosikal maut

Trending

Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Lelaki Mabuk

Penunggang motosikal didapati maut selepas melanggar seorang lelaki mabuk dalam kejadian kemalangan di KM375.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, pagi Selasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Maut Selepas Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh ‘King Highway’

Menerusi laman Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan pada jam 6.15 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 50-an yang menunggang motosikal jenis Keeway dari Teluk Intan menuju ke Selayang maut di tempat kejadian.

Pejalan kaki mabuk

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan KM375.9 Lebuhraya Utara Selatan. (Foto: Sinar Harian)

Menurut Sulizmie Affendy, siasatan mendapati, kemalangan itu terjadi apabila seorang penunggang motosikal melalui lorong kecemasan terlanggar pejalan kaki yang disyaki mabuk di tempat kejadian.

Kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh di lorong kecemasan dan terbabas ke lorong kiri. Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Slim River (HSR).

Pejalan kaki yang mengalami kecederaan telah dibawa ke HSR untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak polis kini sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai pejalan kaki tersebut. Menurut Sulizmie Affendy, mayat mangsa dibawa ke HSR untuk membuat ujian Covid-19 sebelum dibedah siasat.

Beliau juga menerangkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media




Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas