Connect with us

Oh! Media

Trending

Pesakit Dakwa ‘Diculik’ Dan Dipaksa Masuk ICU, Meninggal Dunia

Tular baru-baru ini kejadian membabitkan seorang pesakit yang positif didakwa telah diculik dan dipaksa untuk berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

BACA: Tular Dakwaan Pesakit ‘Diculik’ Dan Dipaksa Duduk Di ICU, JKNPP Tampil Beri Penjelasan

IKLAN

Perkara itu bertambah kecoh apabila tersebar rakaman audio daripada pesakit yang mendakwa dirinya masih sihat, namun dipaksa memakai alat bantuan pernafasan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bagaimanapun menepis dakwaan itu dan menyatakan pesakit tersebut ditahan kerana berada dalam keadaan kritikal.

Menurut pengarahnya, Dr. Ma’arof Sudin berkata pesakit telah berada pada tahap keempat dan berisiko tercetusnya penularan jika dibenarkan pulang.

Pesakit dakwa diculik disahkan meninggal dunia

Menurut laporan Kosmo, pesakit dikenali sebagai Affendy Mohd Yusof yang telah ditahan di ICU disahkan meninggal dunia, semalam.

Allahyarham yang berumur 43 tahun dikatakan sudah dipindahkan ke wad biasa selepas melepasi tempoh jangkitan virus pandemik.

Berita tentang pemergian arwah turut dikongsikan oleh seorang pengamal perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan di laman Facebook miliknya.

Menerusi kenyataannya itu, salah satu daripada nya ialah tentang pemergian arwah selain turut menitipkan nasihat tentang ajal seseorang yang dirawat di hospital.

Ajal maut bukan di tangan doktor atau peguam atau atas sesuatu prosedur. Ajal maut telah ditetapkan Persoalannya, adakah kita sudah berikhtiar sehabis baik. Apa yang kita boleh bakal lakukan kalau ada kes akan datang.

Ajal dia sudah sampai dan nyawanya sudah diambil. Sama seperti saya, kalian semua juga mesti reda dengan pemergian dia. Persoalannya, apa yang kita akan buat atau patut buat pada masa hadapan untuk kes sama?

Tambahnya beliau juga turut menyarankan agar para pesakit mendapatkan nasihat daripada pakar dan bukannya dari sumber yang tidak sepatutnya.

Dalam kesempatan ini, kami dari Oh! Media ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas