Connect with us

Oh! Media

“Kalau Nak IC Balik Bayar Dulu RM2,000” – Perompak

Trending

“Kalau Nak IC Balik Bayar Dulu RM2,000” – Perompak

Sabtu lepas, seorang peniaga wanita di Gerik dilaporkan telah kehilangan wang tunai sebanyak RM6,000 selepas kedainya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Jeli, telah dipecah masuk pada jam 12 tengah malam.

ADVERTISEMENT

Namun siapa yang sangka, selepas saja daripada kejadian itu, perompak terbabit dikatakan telah menghubungi wanita itu untuk memulangkan semula beberapa dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan kad temu janji hospital.

Masa dalam perjalanan balik selepas buat laporan polis, saya terima Whatsapp daripada nombor tidak dikenali bertanya jika saya ada kehilangan barang. Bila saya jawab ada, dia hantar gambar kad pengenalan dan minta saya datang ambil.

Dia minta saya datang ambil kad pengenalan dan lain-lain dengan syarat saya serahkan wang RM2,000 kepadanya.

Selepas saya berjanji mahu berjumpa dengan dia berseorangan, dia memberikan lokasi sebuah kedai makan di Jeli. – Kata Amiza Tiew Abdullah, 52.

Dengan berpandukan mesejnya dengan mangsa, akhirnya Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood telah berjaya menahan suspek yang berusia 22 tahun itu.

Perompak terbabit telah pun berjaya diberkas oleh pihak berkuasa pada jam 8.30 malam di sebuah hotel di Jeli.

Namun, duit yang telah diambil oleh perompak itu dikatakan hanya berbaki kira-kira RM600 saja daripada jumlah wang sebanyak RM6,000 yang dicurinya.

‘Sambil menyelam minum air’. Sudah lah merompak, sempat lagi dia mintak RM2,000 dekat mangsa. Haihhh macam-macam.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas