Connect with us

Oh! Media

Perogol Paling Bahaya Di Korea Selatan Sudah Dibebaskan

97a2c8f0 b63c 4a69 b5b9 adbb471df5b7

Trending

Perogol Paling Bahaya Di Korea Selatan Sudah Dibebaskan

Pernah tak korang tonton satu filem Korea bertajuk ‘Hope’? Bagi yang belum tahu, filem ‘Hope’ adalah adaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 2008, di mana seorang budak perempuan berusia 8 tahun dipukul dan dirogol oleh suspek yang mabuk.

D28db0c2 270e 43f5 ab0d 2d294585d05c
Filem Hope yang diadaptasi dari kisah benar

Cho Doo-soon, 69, telah disabitkan kesalahan kerana menculik dan merogol. Dia juga dipercayai turut ‘merogol’ bahagian depan, belakang dan telinga kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu di sebuah bilik air di gereja di Ansan pada 2008, serangannya itu disifatkan tidak berperikemanusiaan hingga mengakibatkan kecacatan kekal kepada mangsa.

Cho telah menerima hukuman penjara selama 12 tahun akibat daripada perbuatannya itu. Sejak 2017, kira-kira sejuta orang telah menandatangani petisyen dalam talian supaya presiden menghalang Cho daripada dibebaskan.

IKLAN
D4b42ebc aba4 4de3 b5ee 80d0385180f9
Bcbf247f 2a1c 45f3 81d3 2535a044d8b2
Cho Doosoon

Sebaik saja dia dibebaskan semalam, kakinya dilihat telah digari dengan gelang elektronik. Dia turut ditemani oleh pihak polis sehingga sampai ke rumahnya yang terletak berhampiran Ansan. 

Puluhan penunjuk perasaan memegang sepanduk yang bertulis ‘Cho Doo-soon pergi ke neraka’ dan mereka juga turut menjerit supaya dia dimandulkan walaupun dikawal ketat oleh polis.

4fc1944e 0e87 4cab b2ae 487b266251fd
2ecc4131 bbc3 439a ad48 5622795c0788

Mereka turut membaling telur dan objek lain ke arah van yang membawa Cho sambil diiringi pegawai polis yang keluar dari penjara pada jam 6.45 pagi.

Pihak berkuasa dikatakan telah pun menambah beberapa kamera keselamatan dan juga berjanji untuk mengawal ketat lelaki itu di kediamannya meskipun jirannya bimbang mengenai risiko terhadap masyarakat setempat.

Keluarga mangsa pula ada memberitahu media tempatan pada bulan lalu bahawa mereka ada merancang untuk berpindah jauh selepas kepulangan Cho di Ansan.

Bapa kanak-kanak malang itu memberitahu saluran TV JTBC bahawa anaknya ‘menangis teresak-esak’ selepas diberitahu mengenai kepulangan perogol itu. 

Memang ramai yang tak puas hati dengan keputusan mahkamah yang hanya menjatuhkan 12 tahun penjara buat Cho. Oleh kerana alasan dia mabuk semasa merogol, hukuman penjaranya dikurangkan. Hukuman yang dikatakan tidak setimpal dengan nasib mangsa yang telah mengalami kecacatan kekal.

Kredit: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas