Connect with us

Oh! Media

Pernah Viral Melamar Di ‘Live’ TikTok, Abang Viva Kini Ditemani Tunang Buat Kerja Amal

Trending

Pernah Viral Melamar Di ‘Live’ TikTok, Abang Viva Kini Ditemani Tunang Buat Kerja Amal

Nama abang Viva atau Azwan Omar baru-baru ini menjadi sebutan selepas tular video memaparkan dirinya melamar kekasih, Evanova Zakaria secara ‘live’ di TikTok.

ADVERTISEMENT

Disaksikan ribuan penonton, abang Viva menunjukkan sebentuk cincin dan bertanya sama ada wanita itu bersetuju dengan lamarannya.

BACA: “Jumpa Lah Depan-Depan, Tak Jante” – Kekasih Abang Viva Terkedu Kena ‘Lamar’ Dalam Live

Tindakan spontan abang Viva itu ternyata mengejutkan orang ramai di mana mereka meminta dia supaya meneruskan niat mengikut adat iaitu berjumpa terus dengan ibu bapa Eva.

Terbaru, mereka difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dan kini bersama-sama menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Jika sebelum ini abang Viva turun padang seorang diri, kini dia ditemani cik tunang yang mempunyai hobi yang sama.

@majalahnona Melangkah ke fasa hidup seterusnya, Nona tumpang bahagia bila hero banjir Abang Viva, bertemu seseorang yang berkongsi minat dengannya dalam membuat kerja-kerja kebajikan. Eksklusif bersama pasangan berdarah manis, Azwan Omar dan Eva Nova, kami bercerita rancangan mereka dalam meneruskan misi-misi bantuan kemanusiaan #fyp #foryou #fypmalaysia #abangviva #superhero #xyzbca #couple ♬ original sound – NONA

Dalam perkembangan terbaru, abang Viva kini sedang sibuk menguruskan pertubuhannya sendiri iaitu Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva.

Kini dia merancang untuk membeli sebuah van untuk dijadikan sebagai van pesakit. Van pesakit itu akan menyediakan khidmat secara percuma sahaja.

Ketika ditanya perancangan selepas kahwin, abang Viva berkata dia akan terus dengan pertubuhannya itu menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kredit: Youtube Majalah Nona

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas