
Trending
Pernah Kantoi Buat S*ks Dengan Bibik, Founder Tak Ego Dan Izinkan Suami Jumpa Anak
Baru-baru ini tular satu hantaran video dari pengasas terkenal Fenny Frans yang telah mengizinkan suaminya, Atox Daeng Sila berjumpa dengan anak-anak mereka setelah sekian lama.
Sebelum ini, Fenny Frans pernah mendedahkan tentang suaminya, yang berlaku curang dengan melakukan hubungan intim bersama bibiknya, Mamli ketika dia sedang bekerja.
Difahamkan, selepas kejadian Atox Deng Sila, sudah tidak lagi berjumpa dengan anak-anaknya.
Tetapi baru-baru ini, menerusi hantaran di TikTok @fennyfransff_, dia telah merakam momen ketika suaminya datang melawat anak-anak mereka yang kini sedang berada di hospital kerana masalah kesihatan.
Demi kebahagian anak-anak, pengasas kosmetik terkemuka yang berasal dari Kota Makassar, Indonesia itu memilih untuk membuang egonya dan mengizinkan suaminya untuk berjumpa dengan anak-anak meskipun, dia masih tidak dapat melupakan kejadian yang berlaku sebelum ini.
Menerusi kapsyen di video, Fenny juga mendoakan supaya dirinya mendapat kesabaran yang luas demi anak-anak.
Semoga Allah memperluas sabarku untuk mereka anak-anak.
Atox yang tidak dapat menahan kesedihan itu akhirnya mengeluarkan air mata ketika dia dapat memeluk anak-anaknya.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kali kedua Atox berlaku curang. Fenny berkata dia pernah menfailkan penceraian, tetapi sampai kini hubungan mereka masih menjadi tanda tanya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: TikTok @fennyfransff_
