Connect with us

Oh! Media

Perkembangan Terkini Mengenai Kes Jurusolek Didakwa Hisap ‘Kemaluan’ Pelakon Lelaki!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Perkembangan Terkini Mengenai Kes Jurusolek Didakwa Hisap ‘Kemaluan’ Pelakon Lelaki!

Seorang jurusolek lelaki berusia 42 tahun, Saril Sarip dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki berumur 18 tahun.

Menurut laporan mStar, tertuduh yang juga pemilik sebuah salun di Taman Tasik Utama, Melaka Tengah mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri pada Khamis.

BACA: Jurusolek Lelaki Direman Selepas Disyaki ‘Hisap’ Kemaluan Pelakon Lelaki

IKLAN

Berdasarkan pertuduhan, Saril didakwa melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii dengan memasukkan kemaluan mangsa ke dalam mulut tanpa kerelaan mangsa. Kejadian itu dikatakan berlaku 17 Januari lepas pada jam 4.15 petang.

Hukuman berat menanti jika didapati bersalah

Simbah Minyak Panas

Kesalahan ini didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Permohonan jaminan dan syarat tambahan

Mahkamah

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain mencadangkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, L. Sharveen merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh hanya memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dan perlu menyara ibu berusia 78 tahun serta kakak yang tidak bekerja.

Hakim Haderiah akhirnya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes.

#OhmediaNasihat

Penting untuk menghormati hak dan keselamatan setiap individu, terutama golongan muda. Jika menjadi mangsa atau menyaksikan sesuatu yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas