
Trending
Perempuan 16 Tahun Dakwa Dirogol Dalam Lokap Polis
Oleh
Boleh dikatakan setiap masa masalah rogol ini boleh berlaku dan terbaru ini melibatkan seorang remaja perempuan yang baru berusia 16 tahun dan mendakwa telah dirogol ketika berada di dalam lokap.
Remaja perempuan itu dimasukkan ke dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu dan dia mendakwa telah dirogol tahanan yang berada di dalam lokap terbabit.
Ini respon Pesuruhjaya Polis Sarawak!
Datuk Aidi Ismail menegaskan pihaknya telah melakukan siasatan termasuk menggantung dua orang anggota yang bertugas ketika itu.
Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku sudah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan. – Katanya.
Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dan adakah menjadi kebiasaan lokap campur lelaki perempuan? Jika ia benar, tindakan tegas harus diambil.
Kredit: Harian Metro
