Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Isytihar 3 Disember Sebagai Hari Batik Malaysia?

ismail sabri

Trending

Perdana Menteri Isytihar 3 Disember Sebagai Hari Batik Malaysia?

Pada 3 Disember bermula tahun ini dan tahun-tahun akan datang telahpun diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia dan kerajaan juga menetapkan setiap hari Khamis sebagai hari pemakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam dan Keluarga Malaysia termasuk di Parlimen.

BACA : “Harga Ais Naik RM0.50 Sebungkus? Ianya Tidak Sepatutnya Berlaku” – Ismail Sabri

Menurut laporan Harian Metro, perkara ini diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapan khas di saluran TV1 dan media sosialnya.

IKLAN

Kerajaan juga dikatakan berharap agar pengisytiharaan Hari Batik Malaysia ini dapat menggalakkan seluruh rakyat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik dan bersatu hati dalam menggayakan keunikan dan keindahan batik tempatan.

Saya percaya pengisytiharan hari itu juga dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran batik negara.

Pada tahun 2003, sebuah gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World telah dimulakan oleh isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi iaitu Allahyarhamah Tun Endon Mahmood, yang membawa batik tempatan ke persada antarabangsa.

Disebabkan itu, Hari Batik Malaysia ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan, sokongan, dan minat kraf batik yang ditonjolkan isteri kepada bekas Perdana Menteri itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas