Connect with us

Oh! Media

“Perasaan Amber Tak Ikhlas” – Amber Heard Takut Johnny Depp Saman Lagi

johnny depp

Trending

“Perasaan Amber Tak Ikhlas” – Amber Heard Takut Johnny Depp Saman Lagi

Sebelum ini, Johnny Depp telah menyaman Amber Heard kerana Amber mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan rumah tangga. Johnny telah menang kes saman fitnah ini apabila semua juri yang terlibat sebulat suara memihak kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Awak Sangat Berharga..” -Selepas Kalah Saman, Amber Heard Dilamar Lelaki Arab Saudi

Amber Heard diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak AS$10.35 juta, iaitu RM45.56 juta kerana telah kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya.

Menerusi laporan Kosmo, salah seorang juri telah menjelaskan ‘sebab’ mereka sebulat suara memihak kepada Johnny.

Emosi Johnny Depp stabil

johnny depp

Tangisan, ekspresi muka yang Amber Heard tampilkan dan renungan ke arah juri membuatkan kami sangat tidak selesa.

Amber Heard akan menjawab satu soalan lalu menangis dan dua saat selepas itu, emosinya terus hilang. Sesetengah kami melihat perasaannya sebagai tidak ikhlas. 

Emosi Johnny Depp lebih nyata dan boleh dipercayai. Apa yang dia (Depp) nyatakan lebih dipercayai. Dia kelihatan lebih nyata dari segi menjawab soalan. Emosinya stabil sepanjang masa.

Itulah sebab yang jelas dan nyata kenapa juri memihak kepada Johnny Depp.

Namun, Amber Heard juga ada menyatakan bahawa dia risau jika bekas suaminya akan menyamannya lagi.

Saya ambil mudah tentang apa yang saya anggap sebagai hak untuk bersuara. Saya khuatir tidak kira apa yang saya katakan, setiap langkah yang saya ambil akan menjadi punca kepada tuntutan undang-undang fitnah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas