Connect with us

Oh! Media

“Awak Sangat Berharga..” -Selepas Kalah Saman, Amber Heard Dilamar Lelaki Arab Saudi

lelaki arab saudi

Trending

“Awak Sangat Berharga..” -Selepas Kalah Saman, Amber Heard Dilamar Lelaki Arab Saudi

Amber Heard yang telah kalah dalam kes saman fitnah menentang Johny Depp, telah dilamar oleh lelaki dari Arab Saudi.

ADVERTISEMENT

BACA: Amber Heard Berdepan Risiko Kemusnahan Kerjaya Di Hollywood Dan Muflis Kata Pakar AS

Menerusi laporan Kosmo, sebuah voice note yang disiarkan di laman Instagram Amber Heard telah tular di media sosial dan mendapat banyak perhatian daripada orang ramai.

Lelaki dari Arab Saudi itu telah menghantar voice note berjanji kepada Amber Heard untuk mengisi hidupnya dengan kebahagiaan.

Amber, memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

Saya menyedari bahawa sesetengah orang membenci dan membuli awak. Oleh itu, saya memutuskan untuk berkahwin dengan awak. Awak sangat berharga tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu.

Dalam masa hanya 14 jam, voice note itu telah mendapat hampir 100,000 tontonan.

Kalau korang terlepas, Amber Heard telah mendakwa bekas suaminya, Johnny Depp mendera dirinya sepanjang perkahwinan mereka.

Namun, pada Rabu lalu Johnny Depp telah memenangi saman fitnah terhadap Amber Heard selepas juri mendapati dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas