Connect with us

Oh! Media

‘Perang Media Sosial’ Isu Pengurusan Jenazah Tamat, Uncle Kentang Dan NGO Berdamai

Uncle Kentang

Trending

‘Perang Media Sosial’ Isu Pengurusan Jenazah Tamat, Uncle Kentang Dan NGO Berdamai

Beberapa hari lalu, kecoh diperkatakan apabila Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng memohon sumbangan dana awam untuk membawa pulang jenazah.

BACA: “Bila Sembuh Saya Akan Jawab Mesej Anda” – Ramai Doakan Uncle Kentang Cepat Sembuh

Dana awam itu melibatkan kos menginap di hotel serta token untuk sukarelawan.

IKLAN

Perkara itu telah menimbulkan pertikaian dan perang media sosial bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah secara percuma.

274551294 1254807058381675 7312188507799268029 n

Terbaru, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia – SPJM yang diketuai Ustaz Rafie Zainal memaklumkan jalan pendamaian sudah diambil. Pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Uncle Kentang untuk menyelesaikan isu yang tercetus.

Banyak isu dibincangkan dan Mr Kuan setuju untuk menjalinkan kerjasama bersama kami dalam menyelesaikan isu pengurusan jenazah khususnya bagi kes kematian orang Islam.

Beliau memohon segala tohmahan dan kata sinis terhadap kedua-dua pihak dihentikan.

Saya sebagai orang tengah yang mendamaikan mereka semua. Kami mempunyai gabungan 12 NGO pengurusan jenazah di seluruh Malaysia yang menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan.

Jelasnya lagi, Uncle Kentang mengakui tidak tahu kos sebenar pengurusan jenazah sehingga timbul dakwaan ada pihak mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Kredit: mStar | SPJM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas