Connect with us

Oh! Media

B40 Ramai Support Kunafa Tapi Tak Dijemput? Influencer Jelaskan Isu Rumah Terbuka

kunafa

Trending

B40 Ramai Support Kunafa Tapi Tak Dijemput? Influencer Jelaskan Isu Rumah Terbuka

Pempengaruh TikTok dan usahawan kunafa terkenal, Ojen Aiwah atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli tampil memberi penjelasan mengenai rumah terbuka Aidilfitri anjurannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ojen mengakui hatinya pedih membaca komen daripada netizen yang mendakwa hanya artis dan orang terkenal yang dijemput.

IKLAN

Manakala penyokong tegar dari golongan B40 tidak diendahkan. Malah ada juga yang kecewa kerana rasa ‘disisih’ walaupun selama ini menyokong penuh produk makanan tersebut.

Ojen jelaskan jumlah jemputan

ojen kunafa

Menurut Ojen, open house tersebut sebenarnya adalah majlis tertutup yang pada asalnya hanya diperuntukkan untuk 300 tetamu sahaja.

Namun setelah melihat ruang yang boleh memuatkan lebih ramai, jumlah jemputan ditingkatkan kepada 700 orang maksimum.

Sudah tentulah semua ahli keluarga besar saya, sedara mara belah ayah dan mama. Kesemuanya ada kuota masing-masing.

Dia turut menambah, hanya selepas RSVP dibuat dan ada kuota lebih barulah sedikit ruang diberikan untuk jemput sahabat dan selebriti kenalan.

Malah, beberapa pengikut juga turut dijemput tetapi jumlahnya amat terhad kerana kekangan tempat.

Sebab kalau nak jemput semua memang tak logik dek akal. Habistu kami yang support tapi takdapat jemputan ? Itu namanya rezeki awak.

“Saya juga B40, takde bezanya kita semua…”

kunafa

Tidak mahu isu ini terus berpanjangan, Ojen menegaskan bahawa dirinya juga datang daripada latar belakang B40 dan tidak pernah membezakan sesiapa pun berdasarkan status.

Menurutnya, jika ada rezeki lebih dan ruang mencukupi, pasti dia akan jemput lebih ramai.

Dalam masa yang sama, pempengaruh ini turut mendedahkan sepanjang musim raya ini je dia telah memberi duit raya sebanyak 10 kali menerusi sesi “Money Pocket” yang setiap satunya bernilai RM1,000.

Menjadikan jumlah keseluruhan duit raya untuk pengikut lebih RM10,000. Ia merupakan salah satu caranya berkongsi rezeki kepada para pengikut dan pelanggan Kunafa Aiwahhh.

“Saya maafkan mereka yang menghujat…”

Mengakhiri penjelasannya, Ojen mengakui ini adalah risiko apabila seseorang menjadi public figure pasti akan ada yang menyokong dan mengkritik.

Namun dia memilih untuk fokus kepada mereka yang menyokong serta mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Pssttt! Tak semua benda boleh puaskan hati semua orang, tapi yang penting niat dan keikhlasan itu sampai.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas