Connect with us

Oh! Media

Influencer Tak Dibenar ‘Check In’ Bagasi Sebab Lambat 5 Minit, Abang Captain Beri Respon

Ojen Aiwah

Oh! Tidak

Influencer Tak Dibenar ‘Check In’ Bagasi Sebab Lambat 5 Minit, Abang Captain Beri Respon

Usahawan kunafa terkenal, Ojen Aiwah baru-baru ini meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa ‘berlenggang’ tanpa bagasi untuk sesi jelajahnya ke Sarawak. Uish apa kes?

Difahamkan, peniaga ini bersama 15 orang krew tak dibenarkan untuk ‘check in’ bagasi kerana terlambat lima minit. Ketika itu kaunter bagasi sudah pun ditutup.

Tak mahu beli tiket baru, Ojen mengambil jalan penyelesaian menghantar bagasi dengan perkhidmatan kargo tetapi beg akan tiba lambat sedikit.

IKLAN

Kata pempengaruh ini, tindakan syarikat penerbangan tak benarkan mereka ‘check in’ bagasi kerana terlambat 5 minit adalah mengarut.

Tertarik dengan isu itu, seorang juruterbang tampil memberi komen mengenai prosedur yang perlu dipatuhi.

@bangkept Abangcaptain Komen Isu Lambat Check-In #abangcaptain #flysafe✈️ #juruterbangmalaysia #pilot #pilotlife #advise #rilekje #nasihat #tips #checkin #checkingin #flightcheckin #closecounter #comeearly #selfcheckin #dropbag #airlineprocedures #datangawal ♬ Last Hope – Steve Ralph

Menurut juruterbang ini, kaunter ‘check in’ bagasi kebiasaannya akan dibuka dua jam sebelum ‘departure’.

Sebagai contoh, jika ‘departure’ jam 8 malam, seawal 6 petang penumpang dah boleh ‘check in’ di kaunter. Kaunter akan ditutup satu jam sebelum ‘departure’ iaitu jam 7 malam.

Kalau dah tahu dia tutup kaunter sejam sebelum datanglah awal. Nak bawak satu kampung, nak bawak 15 orang takpe tapi datanglah awal.

Sebaiknya cuba buat online, sekarang ni dah senang dah boleh buat online. Check in online, pergi dekat airport just drop bag je. Kaunter drop bag pulak buka 3 jam sebelum.

Jelas juruterbang ini, masalah tidak akan timbul jika penumpang datang awal seperti arahan yang telah diberikan.

Perkara kedua yang diterangkan ialah prosedur di gate kapal terbang, semua syarikat penerbangan ada prosedur tersendiri.

Kita bukan boleh masuk kapal terbang macam naik bas, macam naik grab.

Katanya lagi, jika penumpang terlambat, krew ada kuasa untuk tidak membenarkan penumpang yang lambat untuk masuk kapal terbang.

Sebagai contoh, Air Asia tutup gate 20 minit sebelum penerbangan, MAS pula 30 minit dan Batik Airlines 15 minit.

Kredit: TikTok Abang Captain | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas