
Trending
Penumpang Bas Terkejut Wanita Tergamak Maki Hamun Darah Daging Sendiri Gara-Gara..
Oleh
Seorang penumpang bas ekspres meluahkan rasa tidak senang mendengar seorang wanita yang juga merupakan penumpang bas itu menyumpah seranah anaknya sepanjang perjalanan ke Temerloh Pahang.
BACA: Pemandu Hentikan Bas Dan Cabul Penumpang Wanita Ketika Tidur
Menerusi perkongsian video di TikTok, individu itu turut mendakwa dia terdengar wanita tersebut memukul anak dan mengeluh budak itu menyusahkannya apabila mengadu nak buang air besar.

Seriau ye 8 jam tak aman. We got 2 hours more to sampai Temerloh.
Dipercayai akibat dimarahi, anaknya menangis sehingga mengganggu keselesaan penumpang yang lain.
Nasib baiklah ada seorang penumpang lain dengan lantang menegur dan mahu melaporkan kejadian kepada polis jika dia terus memukul anak.
@amethystnb_ seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.
♬ original sound – Qissy
Wanita itu dipercayai meminta maaf dan terus melayani anak-anak dengan baik. Video yang dikongsi di TikTok itu sehingga kini mendapat lebih 2 juta tontonan. Individu ini menjelaskan dia pada awalnya tidak menegur perbuatan itu kerana terkejut.
Video viral
@amethystnb_ seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh 🥲
♬ original sound – Qissy
Diharapkan wanita itu terus sabar melayan anak, janganlah sesekali angkat tangan untuk menyelesaikan masalah. Lagipun bila dalam bas, kita memang tak boleh jangka tetiba nak terkucil atau buang air besar kan?
Kredit: TikTok
