Trending
Penjual Air Dihina Pendakwah Menangis Terima 100 Juta Rupiah, Rancang Buka Warung
Kisah Sunhaji, seorang penjual air di Indonesia mendapat perhatian ramai selepas dihina secara terbuka oleh seorang pendakwah terkenal, Gus Miftah.
Hinaan itu bagaimanapun membawa hikmah besar apabila dia ditawarkan bantuan daripada pelbagai pihak.
Menangis terima sumbangan 100 juta rupiah (RM30,000)
Antara individu terkenal yang tampil adalah pempengaruh, Willie Salim. Willie Salim yang terkenal dengan kebaikan hati memborong barangan peniaga kecil memberikan sumbangan wang tunai sebanyak 100 juta rupiah (kira-kira RM30,000).
Perkhabaran baik itu dikongsi Willie menerusi satu perkongsian video di media sosial. Willie memuji sikap rendah diri dan perjuangan penjual air itu mencari rezeki halal untuk anak-anak.
Tidak menyangka menerima rezeki sebesar itu, Sunhaji dilihat menangis terharu. Dia bercadang menggunakan wang tersebut untuk membuka perniagaan warung, melangsaikan yuran sekolah anak-anak, dan menunaikan ibadah umrah.
Video tular dihina dan ditertawakan
Terdahulu, tular di media sosial reaksi penjual air yang hanya terdiam dan senyum di saat diperlekehkan pendakwah di khalayak ramai.
Malah, pendakwah berkenaan memanggilnya ‘goblok’ menyuruhnya segera menghabiskan jualan. Pendakwah itu bagaimanapun sudah tampil memohon maaf menjelaskan dia hanya bergurau.
#OhmediaNasihat
Hina atau pujian dari manusia tak menentukan rezeki kita. Kisah ini mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik, kerana kebaikan itu boleh menjadi rahmat bagi orang lain. Jangan rendahkan sesiapa, kerana setiap insan ada perjuangannya.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Suara | TikTok Willie Salim