Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Dalam Kumpulan Pelaksana Akan Naik Gaji Sehingga 42.7 Peratus?

Untitled Design   3

Trending

Penjawat Awam Dalam Kumpulan Pelaksana Akan Naik Gaji Sehingga 42.7 Peratus?

Berita baik buat penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana kerana mereka ini dijangka akan dinaikkan gaji sehingga 42.7 peratus melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Wah! Untungnya..

Menurut laporan Harian Metro, keputusan peningkatan gaji penjawat awam itu boleh diketahui bermula minggu depan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, yang akan mula diedarkan minggu depan adalah garis panduan berkait kenaikan gaji penjawat awam.

Jadi insya-Allah bermula minggu depan, kita akan dapat gambaran secara umum peningkatan gaji penjawat awam yang dijangka sekitar 15 hingga 47 peratus.

Peningkatan ini bagi kumpulan pelaksana paling tinggi, manakala bagi kumpulan seperti KSU (Ketua Setiausaha), Ketua Pengarah, peningkatannya lebih sederhana.

Jadi untuk perincian terutama dari aspek jumlah yang perlu diperuntuk bagi kenaikan gaji, perincian akan boleh dilihat dalam dokumen Belanjawan 2025.

Katanya lagi, semua ini adalah usaha Kerajaan Madani bagi memastikan penjawat awam dapat nikmati kenaikan gaji.

IKLAN

Jadi kita melihat usaha kerajaan Madani adalah untuk bukan hanya meningkatkan pendapatan gaji bagi penjawat awam, tetapi juga membantu sektor swasta melihat atau meningkatkan pendapatan dan gaji pekerja swasta.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas