Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

Penjara Tak Jadi Penghalang Untuk Banduan Peroleh Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Walaupun tengah menjalani hukuman penjara, dua banduan berjaya buktikan mereka juga boleh peroleh keputusan cemerlang seperti pelajar di luar sana.

BACA: “Alhamdulillah, Syukur Dia Memang Anak Yang Bijak” – Anak Kak KM Dapat 6A SPM Berkat Doa Solat Hajat

IKLAN

Menurut laporan Buletin TV3, dua banduan dari Sekolah Intergrasi Marang telah buktikan kepada orang ramai tiada penghalang untuk berjaya.

Banduan yang digelar sebagai Aiman gagal menahan rasa sebak selepas mengetahui telah menerima keputusan cemerlang dalam SPM.

Kalau berbanding pelajar lain di luar sana, saya di sini tiada telefon tiada rujukan untuk mengulangkaji.

Sangat sukar, tetapi apa yang boleh saya buat ialah berusaha bangun setiap malam, bertahajjud, solat hajat, serta berdoa dan fokus ketika belajar, selebihnya saya berserah kepada Allah.

Seorang lagi juga apa kurang hebatnya, kerana difahamkan telah memperoleh 4A dan dia juga turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan keputusannya.

Sebagai seorang kawan saya bangga dengan kawan saya (Aiman) tu tapi saya tak pernah rasa cemburu, walaupun berbeza 8 dengan 4 tapi saya rasa itu dah cukup hadiah pada saya itu antara pemberian untuk keluarga pada ibu saya.

Alhamdulillah dan tahniah buat mereka ni! Semoga mereka terus maju jaya. Jadi buat calon SPM tahun ni, ingat ye tiada penghalang kalau kita nak berjaya.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas