Connect with us

Oh! Media

Pengusaha Asam Boi Nafi Penjual Air Kelapa Rohingya Pekerja Mereka

Trending

Pengusaha Asam Boi Nafi Penjual Air Kelapa Rohingya Pekerja Mereka

Hari ini ada satu lagi video viral sehingga menaikkan kemarahan netizen bila ada peniaga warga Rohingya menjual air kelapa pada harga RM5 secawan di persimpangan Sierra 16,Puchong. Secawan tau gais, bukannya sebijik!

ADVERTISEMENT

Kemarahan netizen bertambah lagi bila tempat penyediaan air kelapa itu kotor yang hanya dilakukan di atas jalan beralaskan plastik.

Tapi sebelum kita marah, mereka sebenarnya dikatakan hanya bekerja dengan seorang peniaga warga tempatan.

Netizen bagaimanapun berjaya mendapat nombor telefon yang dipercayai milik pengusaha mangga asam boi. Tetapi, pengusaha berkenaan menafikan warga Rohingya itu pekerja mereka dan menyatakan tidak terlibat dengan penjualan air kelapa terbabit.

Assalamualaikum, saya pemilik Mangga Asam Boi Honeyy ingin membuat kenyataan rasmi berkenaan isu viral penjualan air kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini (Isnin). Di sini saya menafikan sekerasnya berkenaan penglibatan saya terhadap isu viral ini.

Untuk makluman saya hanya menjual Mangga Asam Boi di Seri Kembangan Selangor. Diharap dengan kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaan saya dan seterusnya meredakan perasaan orang awam di luar sana terutamanya nama baik penduduk Dungun Terengganu dan Seri Kembangan. – Kata pengusaha Noormahani Mohd Radzi di Facebooknya.

Korang boleh tengok video menunjukkan pengusaha Asam Boi serang peniaga warga Rohingya tu dekat sini Anwar Syafiq.

Pengusaha Asam Boi itu turut menerima pelbagai ugutan dan makian dari orang ramai selepas nombor telefon peniagaannya tersebar. Sampai ada orang kata nak datang ramai-ramai cari dia tu.

Disebabkan itu dia terpaksa membuat laporan polis dan membersihkan namanya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas