Connect with us

Oh! Media

(Video) Pengguna Jalan Raya Sanggup Berhenti, Gara-Gara Mahu Kawal Lelaki Solat Atas Jalan

Trending

(Video) Pengguna Jalan Raya Sanggup Berhenti, Gara-Gara Mahu Kawal Lelaki Solat Atas Jalan

Telah tular satu rakaman klip video berdurasi 32 saat yang memaparkan aksi seorang lelaki sedang khusyuk menunaikan solat. Namun siapa sangka, perbuatan menunaikan solat boleh berubah menjadi satu perbuatan yang berbahaya apabila solat itu dilakukan di atas jalan raya!

ADVERTISEMENT

Rakaman video yang telah dimuat naik di laman Facebook, Info Roadblok JPJ/ Polis itu dikatakan telah ditonton lebih daripada 17,000 kali dan juga turut dikongsikan dengan lebih 60 orang pengguna sehingga sejak semalam.

Aksi lelaki yang menunaikan solatnya di atas jalan raya itu juga turut menjadi bualan kebanyakkan netizen selepas saja video itu tular di media sosial.

Menurut laporan, kejadian itu dikatakan berlaku di bawah jejambat jalan raya berhampiran Kuil Batu Caves menghala Ulu Yam.

Dalam rakaman video itu juga turut memaparkan beberapa orang lelaki yang sedang berdiri sambik mengawal persekitaran lelaki itu sehingga solatnya selesai.

Pada masa sama, pengguna jalan raya juga dilihat turut memberhentikan kenderaan masing-masing di tepi jalan dan ada juga yang terpaksa memperlahankan kenderaan supaya tidak melanggar lelaki itu.

Kejadian dirakam semalam, info awal yang diterima seorang lelaki tidak siuman solat di bawah ‘flyover’ berhampiran Kuil Batu Caves menghala ke Ulu Yam.

Tindakan itu turut membahayakan nyawa, nasib baik ada orang awam yang tolong jagakan jalan sehingga dia selesai. – Melalui hantaran yang dimuat naik di Info Roadblock JPJ/Polis.

Rata-rata netizen yang melihat rakaman video itu turut mendoakan keselamatan buat lelaki itu di ruangan komen dan netizen juga dilihat tidak ketinggalan memuji sikap beberapa orang pengguna jalan raya yang sanggup bergadai nyawa menjaga lalu lintas ketika lelaki itu menunaikan solatnya.

Kredit: Info Roadblock JPJ/Polis, Cencorot Studio

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas