Connect with us

Oh! Media

Pengguna Jalan Raya Panik, Kereta Terbakar Jalan Mengundur Di Genting

Befunky collage

Trending

Pengguna Jalan Raya Panik, Kereta Terbakar Jalan Mengundur Di Genting

Setiap kali hendak berjalan jauh, kita dinasihatkan untuk sentiasa membuat pemeriksaan terhadap kenderaan kita bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, kecelakaan itu boleh juga terjadi tanpa kita sedar.

BACA: “Andai Anda Kehilangan Saya Satu Hari Nanti..” – Chef Turki Suka Senyum Sambil Masak Sedang Sakit?

Kereta terbakar di tepi jalan

Tular di TikTok satu video yang dimuat naik pengguna @kas_man88_tks yang memaparkan sebuah kenderaan terbakar ketika menaiki jalan ke Genting Highlands, Pahang.

IKLAN
@kas_man88_tks

♬ bunyi asal – Kasman

Dapat dilihat, kenderaan jenis Hyundai Elantra itu sedang disambar api sambil dibantu oleh orang ramai yang cuba untuk memadamkan api yang sedang marak itu.

Tiba-tiba kenderaan mengundur ke belakang

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik @ren.pmx, kenderaan itu dengan secara tiba-tiba mengundur ke belakang sekaligus mengundang panik pengguna jalan raya yang lain.

@ren.pmx Reply to @ren.pmx ♬ original sound – ren.pmx

Dalam video berkenaan, dapat dilihat kenderaan lain cuba bergerak bagi mengelakkan kenderaan mereka terkena kenderaan itu sehinggalah kereta yang terbakar itu melanggar sebuah kereta jenis Toyota Vellfire yang menyebabkan ia berhenti.

Terima kasih Toyota Vellfire

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pemilik Toyota Vellfire berkenaan yang sanggup berkorban menghentikan kenderaan yang sedang terbakar itu dengan menggunakan keretanya. Ada juga yang mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan yang selamat.

Screenshot 2022 05 10 at 151719
Screenshot 2022 05 10 at 151730
Screenshot 2022 05 10 at 151742
Screenshot 2022 05 10 at 151800

Diharapkan agar semua yang terlibat dalam insiden ini selamat sentiasa.

Kredit: TikTok Kasman | TikTok ren.pmx

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas