Connect with us

Oh! Media

Pengetua Sekolah Agama Disyaki Rogol Anak Murid Sejak Tahun 2017

7d7234b4 9f26 4926 9edd 3436fbc4684a

Trending

Pengetua Sekolah Agama Disyaki Rogol Anak Murid Sejak Tahun 2017

Hari ini polis menahan seorang pengetua sekolah menengah agama di rumahnya sendiri pada pukul 6.30 pagi di Machang, Kelantan. Apa kes pula ni? Menurut laporan Harian Metro, pengetua sekolah menengah agama tersebut dipercayai merogol anak muridnya sendiri sejak tahun 2017 lagi.

Anak muridnya yang kini berada di tingkatan 3 itu dioercayai bercinta dengan pengetua itu dan sentiasa berhubung tanpa pengetahuan keluarga. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata yang kejadian rogol tersebut berlaku di sekolah. Suspek sering membawa murid itu ke sekolah semasa ketiadaan guru dan murid-murid lain.

Kejadian itu mula terbongkar apabila pihak ketiga yang mengetahui perkara itu membuat aduan kepada Talian Kasih sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Sebaik ibu bapa berkenaan bertanyakan kepada pelajar berkenaan apa yang berlaku, pelajar berkenaan mengaku sebelum polis menghantarnya ke Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II). 

Siasatan awal mendapati yang tiada sebarang ugutan yang dilakukan pengetua tersebut terhadap mangsa dan itulah sebab pihak polis beranggapan yang mereka berdua ni mungkin bercinta.

IKLAN

Pengetua yang sudahpun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak ini direman pagi ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca pengetua sekolah agama dipercayai rogol murid di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas