Connect with us

Oh! Media

Cabul

Trending

Pengawal Keselamatan Kantoi Cabul Pelajar Kolej Dalam Tandas!

Seorang pengawal keselamatan berusia 19 tahun direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes cabul yang berlaku di dalam tandas sebuah klinik minggu lepas.

Menurut laporan Kosmo, perintah reman sehingga 7 Februari dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Alor Gajah, Norhaslina Rohmat terhadap suspek yang tiba di mahkamah sekitar jam 9.10 pagi dengan berpakaian lokap berwarna ungu.

IKLAN

Mangsa dikatakan seorang pelajar kolej

Suspek ditahan selepas disyaki meraba kemaluan seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang pada 28 Januari lepas ketika mangsa bertanya lokasi tandas awam kepada suspek dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi

Suspek tunjuk arah tandas sebelum pegang kemaluan

anak saudara

Md. Nazri mendedahkan bahawa suspek pada mulanya menunjukkan arah tandas kepada mangsa sebelum mengikutinya. Semasa berada di dalam tandas, mangsa mendakwa melihat suspek mengintai sebelum mengetuk pintu dan menyuruhnya membuka lampu.

Mangsa membuka sedikit pintu untuk menekan suis di luar, namun suspek secara tiba-tiba menolak pintu dan cuba masuk sebelum memegang kemaluan mangsa.

Mangsa yang ketakutan segera melaporkan insiden itu, menyebabkan suspek ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Kes ini kini sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan jika disabit kesalahan.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang insiden mencurigakan kepada pihak berkuasa.

#OhmediaNasihat

Kes cabul dan gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana. Sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda dan elakkan pergi ke tempat terpencil seorang diri. Jika menjadi mangsa, segera buat laporan polis dan dapatkan bantuan agar keadilan dapat ditegakkan.

Cabul

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas