Connect with us

Oh! Media

Pengasuh Tergamak Cakar Pipi Dan Pukul Badan Bayi 11 Bulan

dos penggalak

Trending

Pengasuh Tergamak Cakar Pipi Dan Pukul Badan Bayi 11 Bulan

Terdapat satu kejadian pada minggu lepas dimana seorang pengasuh tergamak mendera bayi yang berusia 11 bulan. Allahu, biadap sungguh!

ADVERTISEMENT

BACA : Pemandu Bas Rasa Terlanggar Sesuatu, Rupanya Bayi Yang Berusia 16 Bulan

Menurut laporan Kosmo, pengasuh tersebut telahpun didakwa di Mahkamah Sesyen harini dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Dia didakwa telah mencakar pipi kiri dan memukul badan bayi berkenaan dengan menggunakan tangan di sebuah taska di Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda yang tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Sebelum ini, pendakwaan telah mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 tapi peguam yang mewakili tertuduh telah mohon untuk dikurangkan.

Mahkamah telah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan sebutan semula kes akan dibuat pada 23 Jun ini.

Kesian kat bayi tu, betul takde hati ya! Senoga perkara sebegini dijauhkan daripada berlaku dekat anak-anak kita.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas