Connect with us

Oh! Media

Penganggur Mengaku Rompak Cashier Semasa PKP

Ohmedia rompak 1png

Trending

Penganggur Mengaku Rompak Cashier Semasa PKP

Hanya berbekalkan sebilah pisau, seorang penganggur nekad untuk merompa seorang juruwang kedai serbaneka ketika Perintah Kawalan Pergerakan sedang berkuat kuasa pada Ahad lepas. Mengulas dengan lebih lanjut, perbuatan berkenaan dilakukan di sebuah KK Mart di Jalan Pahang, manakala mangsa adalah seorang lelaki Bangladesh bernama Sabuj Md yang berusia 34 tahun.

Pengganggur yang bernama Mohd Noor Marhan Mat bagaimanapun mengakui kesalahan yang dilakukannya setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Izralim Sanusi sepert yang di petik dari Sinar Harian. Mengikut undang-undang, kesalahannya diperuntukkan mengikut Seksyen 392 serta Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa kepada penjara maksimum 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda serta sebatan.

Sumber gambar dari KL BAR

Menurut dari sumber yang dipetik dari Sinar Harian, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan. Akhirnya mahkamah telah menetapkan 5 Mei untuk menjatuhkan hukuman dan mendengar fakta kes berkenaan.

IKLAN

OHMEDIA: KITA PUN TIDAK TAHU CERITA SEBENAR, NAMUN SEKIRANYA DIA MEROMPAK KERANA TERDESAK, LAGI-LAGI PULA DENGAN PELAKSANAAN PKP NI, DIHARAPKAN HUKUMANNYA DAPAT DIPERTIMBANGKAN ATAU DIKURANGKAN OLEH PIHAK MAHKAMAH.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca peganggur mengaku rompak cashier semasa PKP di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas