Connect with us

Oh! Media

Golongan M40 Yang Ada Data Cukai, Penerima BSH Tidak Perlu Memohon BPN

Thumbnail2barticle2b252852529png

Trending

Golongan M40 Yang Ada Data Cukai, Penerima BSH Tidak Perlu Memohon BPN

Golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ianya disebabkan golongan M40 akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan serta kriteria lain yang telah ditetapkan kerajaan, manakala penerima BSH secara automatik layak menerima BPN.


BACA : Individu Bujang 21 Tahun Ke Atas Tidak Ketinggalan Terima RM500 Hingga RM800


Korang boleh semak status penerimaan BPN secara atas talian sejak 1 April 2020 lalu dengan melayari postal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my ataupun terus ke kategori BPN iaitu di https://bpn.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan masing-masing. Sekiranya didapati terpapar tiada rekod setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan, anda di kehendaki membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’ yang telah disediakan sehingga 30 April 2020 nanti.


BACA : Isi Rumah Terima RM1,000 & RM1,600 Bagi Berpendapatan RM8,000 Ke Bawah Secara One-Off


Sekarang ini, mungkin agak perlahan dan susah untuk korang memasuki portal ini disebabkan kesesakan trafik. Bayaran BPN ini akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan itu, cepat-cepatlah buat sebelum 30 April nanti ya.

IKLAN

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca individu yang tidak perlu membuat permohonan BPN di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas