Connect with us

Oh! Media

Pendaki Wanita Maut Dihempap Pokok Ketika Sedang Tidur Di Dalam Khemah

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 15t144913773

Trending

Pendaki Wanita Maut Dihempap Pokok Ketika Sedang Tidur Di Dalam Khemah

Pada Ahad lalu, seorang pendaki wanita maut di Kem Seputih berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur di dalam khemah.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad telah mengesahkan perkara itu.

Menerusi laporan Sinar Harian, mangsa Wan Nurulhuda Mior Abdullah disahkan meninggal dunia pada pukul 8.55 malam selepas tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

IKLAN

Mangsa telah mengalami kecederaan pada pinggul dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Berdasarkan maklumat, kumpulan terdiri 10 pendaki bersama seorang malim gunung itu memulakan pendakian pada Isnin lalu.

Mereka dijangka turun pada Ahad bagaimanapun kira-kira jam 12 tengah hari pada hari berkenaan, pihak polis menerima maklumat mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur.

Setelah menerima laporan, pihak TUDM telah menghantar bantuan helikopter untuk menyelamat mangsa.

Sebaik tiba di pangkalan udara, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Pasukan mencari dan menyelamat telah bersedia di Kuala Tahan jika khidmat helikopter tidak dapat digunakan.

Ujarnya lagi, bantuan melalui darat agak sukar kerana mengambil masa kerana akan mengambil masa kira-kira dua hari untuk sampai ke lokasi.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 15t144913773

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas