Connect with us

Oh! Media

Pendaki Wanita Cedera, Bomba Guna Helikopter Untuk Bawanya Turun

Article 3 12 11

Trending

Pendaki Wanita Cedera, Bomba Guna Helikopter Untuk Bawanya Turun

Sudah banyak kali mendengar berita mengenai pendaki gunung cedera, maut dan sebagainya. Kali ini, kejadian di Jerantut Pahang, seorang wanita telah mengalami kecederaan apabila tergelincir menuruni Gunung Tahan dan memerlukan bantuan helikopter.

BACA: Sesak Nafas, Seorang Wanita Disahkan Meninggal Dunia Ketika Mendaki Bukit

Menerusi laporan Kosmo, Nur Kharatul Syafini , terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana telah terperangkap di Kem Botak, Gunung Tahan. Mangsa berjaya dibawa turun menggunakan helikopter jenis MI-16-IV.

IKLAN

Kecederaan dipergelangan kaki dan lutut 

Screenshot 2021 11 12 at 104539 am
Foto Sinar Harian

Panggilan kecemasan itu telah diterima oleh pihak Penolong Pengarah Operasi JBPM Pahang, Ismail Abdul Ghani pada jam 10.29 malam, Rabu.

Difahamkan, mangsa mula mendaki gunung terbabit bersama sembilan pendaki lain dan seorang pemandu arah pada 8 November lalu.

Kumpulan pendaki berkenaan menuruni gunung terbabit semalam namun mangsa tergelincir sehingga mengalami kecederaan dipergelangan kaki dan lutut sebelah kanan.

Menurut Kosmo, seramai enam anggota bomba bersama lima anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah pergi ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. Namun, mereka mengalami kesukaran dan perlu menggunakan helikopter untuk mengeluarkan mangsa.

Helikopter bomba berlepas dari Padang Sivik, Gua Musang pada pukul 2.09 petang dan berjaya mengesan kedudukan mangsa kira-kira 20 minit kemudian.

Sejurus berjaya dibawa turun, mangsa diserahkan kepada unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan dan Perubatan (MERS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang, Kelantan.

Nasib baik mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. Lepasni, sesiapa yang mahu daki gunung atau bukit, diminta untuk lebih berhati-hati dan janganlah pergi ketika waktu hujan. Takut kejadian yang tidak diingini seperti ini berlaku.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas