
Trending
Penagih Dadah Serah Diri, Mengaku Tetak Leher Ibu Tiri Hingga Maut
Oleh
Sejak kebelakangan ini, kes melibatkan penagih dadah semakin menjadi-jadi. Ada yang sanggup memukul ibu bapa sendiri sehingga membunuh jika permintaan tidak dipenuhi.
BACA: “Kerap Pukul Bapa Tiri” – Polis Sahkan Punca Sebenar Kejadian
Seperti kejadian yang berlaku di Jerek Gua Musang Kelantan ini, seorang lelaki berusia 39 tahun menyerah diri ke balai polis Bertam mengaku telah membunuh ibu tirinya.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan sakit mental.
Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa maut selepas putus leher akibat tetakan menggunakan parang.
Pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 54 tahun di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah.
Jelasnya, dalam pengakuan itu, suspek berkata dia telah menetak leher mangsa menggunakan parang sehingga putus.
Kita masih menyiasat punca kejadian sama ada berlaku pergaduhan atau sebaliknya.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kredit: Awani
