Connect with us

Oh! Media

Pemuda Berjaya Diselamatkan Selepas Dikurung Lima Hari Oleh ‘Pembeli’ iPhone

Trending

Pemuda Berjaya Diselamatkan Selepas Dikurung Lima Hari Oleh ‘Pembeli’ iPhone

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Shafiq, 25, berjaya ditemukan oleh pihak berkuasa selepas lima hari ‘dipercayai’ hilang di premis perniagaan di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, ahli keluarganya berusaha untuk mencarinya dengan memuat naik butiran peribadinya berharap supaya orang ramai dapat membantu dalam pencarian itu.

Memetik laporan Harian Metro, kisahnya bermula apabila dia bertemu dengan seorang lelaki yang ingin membeli tiga unit telefon bimbit jenama iPhone 12 berharga lebih RM 17,000 di premis perniagaan pada jam 7.30 malam, Sabtu lalu.

Dia sudah menunggu hampir sejam kerana lelaki itu katanya ingin mengeluarkan wang dahulu dan sebaik tiba di kereta lelaki berkenaan memintanya untuk mengikutnya masuk ke dalam kereta di parkir bawah bangunan.

Tidak lama kemudian dengan pantas lelaki itu terus menyembur ubat nyamuk ke mata dan menumbuk sebelum mengikat tangan dan mulutnya menggunakan pita pelekat. Dia juga sekaligus dipaksa untuk menelan 10 biji ubat yang menyebabkannya jadi separuh sedar.

“Saya cuba menjerit meminta pertolongan namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi”

Dia dibawa terus ke sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka dan dikurung bersama orang lain yang dipercayai juga rakan mereka.

“Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan”

Dia bermimpi supaya dirinya diselamatkan pihak polis dan mimpi itu menjadi kenyataan apabila pihak polis telah menyelamatkannya kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Dilaporkan, mereka yang terlibat dengan perbuatan itu telah ditahan pihak polis dan ahli keluarga yang lain berasa lega dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam pencarian Muhammad Amirul.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media. Berkongsi mengenai isu viral dan info terkini

Comments

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top