Connect with us

Oh! Media

Pemilik Rumah Di Mont Kiara Menang Saman RM500,000

mont kiara

Oh! Tidak

Pemilik Rumah Di Mont Kiara Menang Saman RM500,000

Bayangkan melabur lebih RM2.6 juta untuk sebuah kondominium mewah di tengah-tengah Mont Kiara, tapi akhirnya hanya mampu tengok dari jauh sebab rumah tu rosak.

Itulah yang terjadi kepada sepasang suami isteri warga Singapura-Amerika yang menetap di Malaysia bawah program Malaysia My Second Home (MM2H).

IKLAN

Menurut laporan NST, pasangan Ho Yui Luen dan Ho Shuang Li menyaman pemaju Agile PJD Development selepas unit yang mereka terima sejak Februari 2021 didapati tidak boleh didiami.

Anak kena jangkitan selepas menetap dalam rumah, Mont Kiara…

Bukan hanya satu dua masalah biasa, tapi kebocoran air, dinding retak, kulat dan mutu kerja yang sangat teruk berlaku. Sehinggakan anak mereka sendiri mengalami masalah kesihatan akibat jangkitan kulat.

Walaupun kerja pembaikan telah dilakukan beberapa kali, kerosakan tetap berulang dan keluarga ini terpaksa menetap di hotel dan menyimpan barang-barang mereka di tempat lain.

Pemaju pula cuba mempertahankan diri dengan mengatakan unit itu sudah pun lengkap dengan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan menganggap kerosakan itu perkara kecil.

Hakim Mahkamah Tinggi turun padang…

Namun semuanya berubah apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Nadzarin Wok Nordin sendiri turun padang melakukan lawatan tapak.

Hasilnya, beliau dapati unit itu benar-benar tidak sesuai diduduki kerana terdapat kebocoran serius, kelembapan, retakan struktur dan kemasan yang tidak memuaskan.

Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa pemaju telah melanggar perjanjian jual beli dan diarahkan membayar lebih RM500,000 sebagai ganti rugi.

Selain itu, mereka juga perlu membaiki semua kerosakan dalam tempoh enam bulan dan mengeluarkan surat jaminan serta indemniti kepada pembeli.

Pssttt! Buat korang yang sedang mencari hartanah mewah, pastikan jangan terpedaya dengan penampilan luaran semata-mata. Lakukan pemeriksaan menyeluruh, semak latar belakang pemaju dan ambil langkah undang-undang jika hak anda sebagai pembeli diketepikan.

Kredit: NST
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas