Connect with us

Oh! Media

Lelaki Ini Tak Puas Hati, Beratur Lama Tapi Tak Dapat Beli Nasi Chef Ammar?

Trending

Lelaki Ini Tak Puas Hati, Beratur Lama Tapi Tak Dapat Beli Nasi Chef Ammar?

Tular di media sosial beberapa hari ini isu membabitkan makanan yang dijual cef terkenal, Chef Ammar. Walaupun ada yang mengkritik nasi arab yang dijualnya mahal sehingga mencecah RM50 satu set untuk lamb shank, masih ramai yang beratur bermula jam 3 petang.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkilan Harga Makanan Dikecam Mahal, Chef Ammar Tunjuk Bukti Guna Bahan Terbaik

Terbaru, tular pula video memaparkan seorang lelaki menegur Chef Ammar supaya meletakkan had pembelian untuk setiap seorang. Ini untuk membolehkan pembeli lain yang beratur turut merasai air tangan cef itu.

@mrbukhari46 isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypシ #fypシ゚viral #chefammarbazzarramadan ♬ original sound – Muhamad Bukhari

Lelaki ini dipercayai tidak berpuas hati kerana ada pembeli yang memborong dalam kuantiti yang banyak sedangkan masih ramai yang beratur. Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan lelaki tersebut. Iyalah mungkin yang beli banyak tu sebab dah kumpul order kawan-kawan. Apa-apa pun semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Kredit: TikTok @mrbukhari46

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas