Connect with us

Oh! Media

Pembatalan Grand Prix (GP) Rusia Tidak Masuk Akal Dan Mengarut

Ohmedia gp rusia

Trending

Pembatalan Grand Prix (GP) Rusia Tidak Masuk Akal Dan Mengarut

Tengoklah! Kan dah kata semakin banyak sekatan ke atas Rusia semakin mengarut pula rasanya. Itulah juga apa yang dirasakan bekas ketua Formula One (F1), Bernie Esslestone dengan keputusan membatalalkan Grand Prix (GP) Rusia.

Perlumbaan F1 Rusia itu sepatutnya berlangsung pada 25 September nanti di Sochi. Lebih menyedihkan adalah apabila Sochi akan menjadi tahun terakhir menganjurkan perlumbaan itu sebelum beralih ke Saint Petersburg.

Tidak masuk akal!

Dalam apa juga cara anda menilai, ia tidak masuk akal. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada peperangan di Rusia. Jadi, jika ia dianjurkan ia tidak akan membawa perbezaan kepada mana-mana pihak.

Bernie turut menganggap sekatan yang dilakukan ke atas Rusia ini tidak memberi kesan langsung kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

IKLAN

Perlumbaan itu tidak penting bagi Putin atau memberi kesan buruk kepadanya. Apa dia perlu lakukan, hentikan pencerobohan? Semuanya mengarut, semua perkara ini terus mereka ugut untuk lakukan.

Apapun itulah yang cuba dilakukan Eropah ketika ini dengan mencuba menyekat apa sahaja yang mereka boleh ke atas Rusia. Ini semua dengan hasrat untuk melumpuhkan ekonomi negara itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas