Connect with us

Oh! Media

Pelik Tapi Hebat! Ini 5 Rekod Dunia Yang Pernah Dipegang Oleh Orang Malaysia

Trending

Pelik Tapi Hebat! Ini 5 Rekod Dunia Yang Pernah Dipegang Oleh Orang Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa serta keindahan flora dan fauna yang unik.

ADVERTISEMENT

BACA: Nicol David Cipta Rekod Dunia Pemain Skuasy No.1 Paling Lama

Selain daripada bentuk muka bumi yang strategik, Malaysia juga terkenal antara salah satu negara yang mempunyai kemahiran dalam aspek sukan.

Kita boleh mengambil contoh nama-nama seperti, Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Nicol Ann David yang pernah mengharumkan nama negara.

Namun, perlu kita sedari bahawa Malaysia juga mempunyai orang yang pernah memegang rekod dunia yang pelik tapi dilihat menakjubkan.

1. Tarik kereta api menggunakan gigi (2003)

Sumber: chinadaily

Seorang individu telah mengejutkan ramai pihak apabila berjaya memecahkan rekod dunia dengan menarik kereta api komuter (KTM) terberat di dunia.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Rathakrishan Velu itu bukan menarik kereta api seberat 260,800 kilogram dengan menggunakan tangan, sebaliknya gigi. Wow!

Rathakrishan juga dikenali sebagai “raja gigi” yang telah menarik sejauh 4.2 meter sepanjang laluan kereta api Kuala Lumpur.

Menurut sumber, antara rahsia kekuatannya ialah dengan mengamalkan latihan seperti bangun setiap pagi untuk menjalani latihan rahang, mengangkat 250 kilogram pemberat dan berlari sekurang-kurangnya 25 meter.

2. Telur terbanyak dipecahkan dalam 30 saat (2005)

Mungkin kedengaran remeh apabila hanya memecahkan telur. Akan tetapi, ianya bukanlah mudah kerana perlu dipecahkan dengan tangan yang terlipat!

Individu tersebut yang bernama Salakrishnan Sivasamy, bekerja di sebuah restoren di Ipoh telah berjaya memecahkan 25 biji telur dengan membengkokkan jarinya ke belakang dalam masa 30 saat.

Menurut sumber, antara rahsia kejayaannya ialah dengan berlatih selama sebulan dengan memecahkan 10,000 biji telur yang disediakan oleh majikannya, Abdul Kader Muhammad.

Salakrishan yang memecahkan rekod tersebut pada 20 September 2005 turut mengucapkan terima kasih kepada majikannya kerana telah membeli barang keperluan latihannya.

3. Salin baju terbanyak dalam masa seminit (2017)

Mungkin menjadi kebiasaan apabila melihat pertunjukkan silap mata yang mana terdapat aksi menyalin baju dengan pantas sehingga mengejutkan ramai orang.

Namun, perkara itu turut dipecahkan oleh orang Malaysia apabila ahli silap mata, Avery Chin dan Sylvia Lim berjaya menyalin pakaian secara ilusi sebanyak 24 kali dalam seminit.

Perkara itu dipecahkan di sebuah majlis di George Town, Pulau Pinang yang mana mereka berjaya menukar kepada baju baharu dalam setiap 2.5 saat.

Dua tahun kemudian, pasangan ahli silap mata itu juga berjaya memecahkan rekod baru dengan menukar pakaian secara ilusi dalam tempoh 30 saat.

4. Manusia paling ramai yang berpakaian seperti kucing (2017)

Pelik tapi itulah realitinya apabila Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod baru dengan manusia paling banyak berpakaian seperti kucing.

Rekod tersebut berjaya dipecahkan selepas seramai 440 yang memakai kostum kucing di Pesta dan Anugerah Filem ASEAN di Kuching, Sarawak.

Menurut Berita Harian, bagi memastikan rekod itu diiktiraf, mereka dikehendaki memakai kostum itu sekurang-kurangnya 250 orang untuk tempoh lima minit.

Selain itu, mereka juga perlu memakai kostum kucing yang menutupi seluruh badan mereka, mempunyai misai, telinga serta ekor seakan-akan kucing.

5. Perdana Menteri paling tua di dunia (2018)

Perkara ini sudah semestinya diketahui apabila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berjaya memecahkan rekod sebagai PM tertua di didunia.

Hal ini berlaku apabila Parti Pakatan Harapan telah berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 pada tahun 2018 sekaligus mengangkat beliau sebagai ketua negara.

Beliau yang ketika dilantik berusia 92 tahun dan 141 telah memadamkan rekod terdahulu milik Raja Fahd Bin Abdul Aziz dari Arab Saudi yang berusia 84 tahun yang meninggal dunia pada 2005.

Perdana Menteri tertua pertama sebelum ini ialah bekas perdana menteri India, Morarji Ranchhodji Desai yang berusia 81 tahun ketika dilantik pada tahun 1977.

Apapun, banyak lagi rekod pelik yang dipegang oleh orang Malaysia, anda boleh melihat sendiri di laman web rasmi Guinness World Records.

Mungkin ada berpendapat ia hanyalah rekod biasa, namun sekurang-kurangnya perkara itu dapat menyedarkan seluruh dunia akan kebolehan masyarakat dari Malaysia.

Semoga selepas ini banyak lagi rekod boleh dipecahkan lebih-lebih lagi perkara yang boleh mengharumkan serta membanggakan nama Malaysia di persada dunia.

Kredit: Iluminasi I Berita Harian I The Star I Says

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas