
Oh! Tidak
Pelanggan Rasa Tertipu Dengan Grab Food, Beli Pelan Grab Unlimited Tapi Lagi Mahal Dari Biasa?
Oleh
Baru-baru ini, seorang pelanggan setia Grab Food mendakwa dia ditipu oleh perkhidmatan syarikat itu.
Pelanggan yang merupakan seorang wanita bernama Angel mendedahkan dia ditipu dengan perkhidmatan Grab Unlimited Plan yang dilanggannya bagi pengguna Grab Food.
Malah, Angel turut memaklumkan bahawa dia adalah pengguna tegar perkhidmatan Grab Food dan telah melanggan Grab Unlimited Plan untuk memperoleh harga penghantaran yang lebih murah dan beberapa faedah lain.
Menurut wanita itu, dia telah membuat perbandingan harga bagi pengguna biasa dan pengguna yang melanggan perkhidmatan itu dan menyedari harganya lebih mahal dari pengguna biasa.

Dalam pada itu, Angel sudah beberapa kali membuat pesanan makanan selepas melanggan pelan berkenaan dan mendapati caj penghantaran dinaikkan sedikit.
Angel berkata pada mulanya dia berfikir caj penghantaran meningkat sedikit mungkin kerana waktu kemuncak.
Namun, selepas membuat perbandingan dengan menggunakan akaun Grab suaminya tanpa pelan Grab Unlimited dan cuba mencari restoran yang sama lalu menghantar ke alamat yang sama.
Kemudian saya sedar bagaimana Grab ‘rompak’ pelanggan tetap mereka terang-terangan.

Tambahan, wanita itu terkejut dengan perbezaan kenaikan caj penghantaran bagi pengguna yang melanggan Grab Unlimited Plan iatu dua kali ganda daripada pengguna yang tidak melanggan pelan tersebut.
Adakah ini cara anda dapatkan banyak wang daripada pelanggan tetap di mana anda (dah) jual subscription plan dan pelanggan akhirnya perlu membayar lebih daripada yang sepatutnya. Sangat tidak beretika!
Sementara itu, Angel turut menampilkan mesej daripada pihak Grab yang telah memberi maklum balas yang menyatakan perkara yang berlaku ini disebabkan sedikit masalah di mana caj penghantaran ditunjukkan itu adalah harga lama.

BACA: GrabFood Perjelas Tuduhan Tidak Pamerkan Restoran Yang Beri Komisen Rendah Kepada Mereka
Kredit: Facebook
