Connect with us

Oh! Media

Pelancong ‘UK Van Lifers’ Kongsi Rakaman Polis Minta RM100 Untuk Elak Saman RM300

Polis trafik saman youtuber uk ohmedia

Trending

Pelancong ‘UK Van Lifers’ Kongsi Rakaman Polis Minta RM100 Untuk Elak Saman RM300

Ohmedia memang follow dan subscribe YouTube UK Van Lifers ni sebab suka tengok diorang pusing-pusing satu Malaysia. Tapi itulah, terkejut juga bila tengok video baru diorang yang kena tahan dengan polis trafik tu.

Situasi itu menjadi viral sekarang ni selepas anggota terbabit meminta mereka membayar wang tunai RM100 di lokasi kejadian berbanding bayaran di balai polis sebanyak RM300.

Pelancong UK itu yang dalam perjalanan ke Ipos difahamkan telah ditahan kerana memandu melebihi had laju. Dalam perbualan video terbabit, mereka didakwa memandu 80km/j berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60km/j.

IKLAN

Tawar bayar terus di lokasi dengan saman yang lebih murah..

Pemandu van wanita kemudian bertanya soalan apakah yang perlu mereka lakukan seterusnya.

Saya akan berikan kamu surat saman dan kamu pergi ke balai polis untuk membayarnya. Boleh? Atau bayar di sini? – Jelas anggota polis trafik.

Wanita itu kemudian menjawab dia tidak kisah sekiranya menerima surat saman atau membuat bayaran serta merta.

Kalau bayar di balai polis RM300. Kalau di sini RM100. – Jelas anggota itu lagi.

Mendengar tawaran itu, wanita itu terus bersetuju dan memberikan wang kerja sebanyak RM100 kepada anggota terbabit.

Sejak bila boleh dapat diskaun saman sebelum terima surat saman?

Anggota itu kemudian terus mengambil wang terbabit dan beredar tanpa memberikan sebarang surat saman.

Tindakan anggota ini terus menimbulkan pertikaian di kalangan netizen kerana ia secara terang salah dan berharap pihak PDRM menyiasat anggota terbabit.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas