Connect with us

Oh! Media

Pelancong Ke Langkawi Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

Trending

Pelancong Ke Langkawi Wajib Jalani Ujian Saringan Covid-19

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan media hari ini berkata pelancong yang berhasrat untuk ke Pulau Langkawi bermula 16 September wajib menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri” – KJ

Jelasnya lagi, usaha ini dibuat untuk mengelakkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu. Atas sebab itu juga, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong telah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Untuk ujian saringan Covid-19, pelancong boleh memilih di antara tiga cara berikut;

Tambahnya, ujian pengesanan ini akan dilakukan ke atas individu dewasa berusia 18 tahun ke atas, serta remaja dan kanak-kanak berusia 7 ke 17 tahun.

Bagi kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah pula, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka mengeluarkan saliva.

Bagi ujian pengesanan Covid-19 di lapangan terbang dan terminal feri, pemantauan dan pengesahan akan dibuat oleh anggota kesihatan bertugas. Bagi individu yang negatif Covid-19, mereka boleh meneruskan perjalanan.

Manakala bagi individu positif, mereka tidak dibenarkan berlepas dan akan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif dan kontak rapat yang sedia ada.

Khairy Jamaluddin turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri dengan mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan sebagainya.

Tegasnya lagi, usaha membawa negara keluar daripada wabak tidak bergantung kepada kerajaan sahaja. Orang ramai hendaklah memberi kerjasama baik dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau berharap orang ramai tidak mengambil mudah kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Kredit: Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

To Top