Connect with us

Oh! Media

“Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri” – KJ

Khairy Jamaluddin

Trending

“Pelancong Naik Pesawat Ke Langkawi Tak Perlu Surat Rentas Negeri” – KJ

Sebelum ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi yang bermula pada 16 September ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Dah Boleh Ke Langkawi Bermula 16 September, Ini SOP Yang Anda Kena Ikut

Pelancong yang menggunakan jalan darat untuk ke Langkawi perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu dan perkara ini dikongsikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melalui Twitternya.

Walaubagaimanapun, pelancong yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Langkawi tidak perlu mendapatkan surat polis.

Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi: Hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

Apapun, jangan lupa untuk patuh SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Semoga wabak yang melanda ini akan berakhir dan kita semua dapat hidup seperti tahun-tahun yang sebelum ini.

Kredit: Kosmo | Twitter Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas