Connect with us

Oh! Media

Penangan Varian Omicron, Pintu Pagar Automatik Di Lapangan Terbang KLIA Dihentikan

KLIA

Trending

Penangan Varian Omicron, Pintu Pagar Automatik Di Lapangan Terbang KLIA Dihentikan

Penggunaan sistem pagar automatik di lapangan terbang akan dihentikan serta-merta bagi langkah keselamatan mengekang penularan varian baru iaitu Omicron.

ADVERTISEMENT

BACA : Penularan Varian Omicron Semakin Teruk? KJ Kongsi Langkah Berjaga-Jaga Perlu Semua Lakukan

Menurut laporan Berita Harian, langkah itu dibuat agar pegawai daripada Jabatan Imegresen (JIM) dapat menyoal penggembara mengenai sejarah perjalanan mereka sebelum ini dan ianya dikatakan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Sekiranya tidak berbuat demikian, pihak Imegresen tidak dapat mengesan mana-mana individu yang telah mengunjung negara yang berisiko. 

Bukan tu jer, penerbangan yang membawa penumpang dari negara yang mempunyai jangkitan Omicron yang tinggi hanya dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja untuk masuk ke Malaysia.

Pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) juga perlu menyediakan laluan khas bagi pengembara berkenaan serta syarikat penerbangan perly bertanggungjawab mengenalpasti pengembara dari negara yang melaporkan penularan Omicron atau berisiko tinggi yang menaiki penerbangan mereka.

Semoga dengan usaha ini, ianya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang bahaya ini. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas