Connect with us

Oh! Media

Pelakon Wanita Disyaki Jual Tanah Tak Wujud, Bawa Lari RM1.5 Juta

Polis siasat gambarwanita mediasosial dijual ohmedia

Trending

Pelakon Wanita Disyaki Jual Tanah Tak Wujud, Bawa Lari RM1.5 Juta

Pelakon wanita dan suami didakwa tipu RM1.5 juta urusan tanah tidak wujud, kini dalam senarai orang dikehendaki.

Seorang lelaki tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya ditipu oleh seorang pelakon wanita dan suaminya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM1.5 juta.

Menurut laporan mStar, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, laporan tersebut dibuat pada 7 Januari lalu membabitkan dakwaan penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud.

Polis sahkan suspek kini tidak berada di Semenanjung

Pdrm

Azahar berkata, setakat ini tiada laporan diterima di Seremban berkaitan penipuan barangan kosmetik membabitkan individu sama.

IKLAN

Penama yang sama bersama suami adalah suspek di dalam satu kes yang disiasat di Seremban berkenaan urusan penjualan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Tambahnya lagi, kedua-dua suspek dipercayai berada di Sarawak dan telah didaftarkan sebagai orang dikehendaki serta dalam Senarai Pemantauan Khas (SPK) Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan kesan dan tangkap.

Usahawan mohon bantuan jejak pelakon wanita dan pasangan

Pasangan

Sebelum ini, kecoh di aplikasi Threads apabila seorang usahawan mendakwa ditipu sebanyak RM300,000 oleh selebriti wanita dan suaminya.

Individu tersebut turut memuat naik tangkap layar kad pengenalan pasangan terbabit serta mendakwa mereka sedang melarikan diri dan tidak berada di lokasi sama.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak terlibat berhubung dakwaan tersebut.

Pssttt! Sebelum melabur atau membuat bayaran besar, semak dan sahkan dahulu setiap dokumen. Jangan mudah percaya walaupun melibatkan nama dikenali.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas