Connect with us

Oh! Media

Pelakon Lelaki Paksa Wanita Gugurkan Kandungan Selepas Terlanjur Akhirnya Dikenalpasti!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Pelakon Lelaki Paksa Wanita Gugurkan Kandungan Selepas Terlanjur Akhirnya Dikenalpasti!

Seorang wanita dikenali sebagai Hana tampil mendakwa pelakon lelaki, Ikhlas Jalil bukan sahaja enggan bertanggungjawab, malah memaksanya menggugurkan kandungan selepas mereka terlanjur.

Menurut laporan Oh Bulan, Hana mengesahkan dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut selepas Ikhlas gagal dihubungi untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.

Saya cuba hubungi dia berkali-kali, tetapi dia tak jawab. Jadi ini saja jalan yang ada. Dia boleh pilih untuk berdiam diri atau bertanggungjawab sebab laporan dah dibuat.

Hana dakwa pelakon lelaki ini paksa gugurkan kandungan

Img 0642

Menurut Hana, dia dan Ikhlas sudah mengenali hampir setahun, dan pelakon itu sedar tentang kehamilan sejak Disember 2024.

IKLAN

Sejak awal kehamilan, saya dah maklumkan padanya. Tapi bila dia tahu, dia terus desak saya gugurkan kandungan sebab tak nak perkara ni diketahui orang.

Lebih mengejutkan, selepas isu ini tular, Hana mendakwa ada beberapa individu lain tampil berkongsi pengalaman mereka sebagai mangsa Ikhlas Jalil.

Ada 2 hingga 3 orang lagi yang pernah jadi mangsa, termasuk bekas teman wanitanya. Mereka tak mahu buka aib sendiri, jadi selama ini mereka hanya mendiamkan diri.

Hana akan lakukan ini jika Ikhlas Jalil muncul

Img 0641

Ketika ditanya apakah dia akan menerima Ikhlas jika pelakon itu akhirnya mahu bertanggungjawab, Hana menegaskan bahawa keputusan kini terletak di tangan keluarganya.

Saya akan tanya keluarga dulu. Saya tak nak buat keputusan sendiri sebab takut tersilap lagi. Tapi kalau dia masih diam, laporan tetap berjalan dan tindakan mahkamah akan dikenakan.

Setakat ini, pelakon lelaki itu belum memberi sebarang kenyataan, dan pihak Oh Bulan sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripadanya.

#ApaKataOhmedia

Dalam apa jua hubungan, tanggungjawab dan kejujuran itu penting. Jangan sesekali mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan masa depan seseorang. Jika benar dakwaan ini, semoga keadilan berpihak kepada mereka yang teraniaya.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Oh Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas