Connect with us

Oh! Media

Pelajar IPT Ditahan, Disyaki Buang Bayi Yang Dibalut Dengan Beg Plastik Hitam

Trending

Pelajar IPT Ditahan, Disyaki Buang Bayi Yang Dibalut Dengan Beg Plastik Hitam

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan polis hari ini selepas disyaki buang bayi yang dilahirkannya. Allahu, pandai buat tak pandai tanggung.

ADVERTISEMENT

BACA : Pengasuh Tergamak Cakar Pipi Dan Pukul Badan Bayi 11 Bulan

Menurut laporan Astro Awani, dia ditahan selepas seorang bayi perempuan yang dibalut dengan beg plastik hitam ditemukan di depan sebuah gerai Taman Seri Wang, Arau, Perlis.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai orang awam pada pukul 9.10 pagi tadi sebelum membuat laporan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Perlis ACP Wari Kiew.

Hasil siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis juga telah menerima panggilan daripada seorang wanita (suspek) yang memaklumkan telah meninggalkan seorang bayi berdekatan kawasan berkenaan.

 Wanita itu juga telah meninggalkan nombor telefon setelah dipujuk oleh pihak JKM.

Bayi tersebut dibawa Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas