Connect with us

Oh! Media

“Tak Perlu Cari Jalan Bertemu Saya Merayu” – Pengerusi MARA Syorkan Pelaku Dibuang MRSM

Ohmedia mara

Trending

“Tak Perlu Cari Jalan Bertemu Saya Merayu” – Pengerusi MARA Syorkan Pelaku Dibuang MRSM

Terdahulu, polis Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung video tular melibatkan sekumpulan pelajar di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

BACA: Tular Video Di Asrama MRSM, Polis Buka Kertas Siasatan

Menerusi satu perkongsian terkini oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 7 pelajar didapati terlibat dalam insiden tersebut.

IKLAN

Keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab: Syor ditamatkan pengajian di MRSM

Photo 6316811150909619719 x

Daripada jumlah itu, dua pelajar terbabit secara langsung dalam perbuatan buli fizikal, manakala lima lagi dikenal pasti sebagai bersubahat dalam kejadian berkenaan.

“Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu” – Pengerusi MARA

Mara

Apa yang mengejutkan, keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab mengesyorkan kesemua pelajar terlibat ditamatkan pengajian daripada MRSM.

Tindakan tegas ini menunjukkan pihak MARA serius dalam menangani isu buli seperti mana yang ditekankan pengerusi MARA sebelum ini.

Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam BULI, tindakan tegas dan keras akan diambil.

Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini. #youtouchyougo #tiadatempatuntukpembuli #mrsmbebasbuli

Beliau juga tidak bersetuju untuk memberikan peluang kedua kepada pelaku kerana dari awal beliau sudah mengingatkan pelajar mengenai prinsip #YouTouchYouGo.

Ujarnya, tiada tempat untuk pembuli di mana-mana institusi pendidikan MARA termasuk MRSM.

#ApaKataOhmedia

Terbaik Pengerusi MARA. Kejadian seperti ini perlu diberikan hukuman tegas agar ianya tidak berulang lagi di masa akan datang.

Kredit: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas