Trending
“Pekerja Yang Bagus Sentiasa Angkat Telefon Bos Walau Waktu Malam, Cuti” – Aliff Syukri
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memberi pesanan kepada para pekerja supaya menjawab panggilan telefon daripada majikan walaupun sudah habis waktu bekerja.
BACA: “LV Boleh Beli” – Aliff Syukri Dikecam Meroyan ‘Bising’ Harga Barang Mahal Di Mekah
Bukan itu je, kalau bos membuat panggilan pada waktu cuti termasuk hari minggu pun pekerja diwajibkan menjawabnya.
Aliff Syukri berkata, mungkin panggilan yang dibuat majikan adalah panggilan penting. Kalau tak sempat angkat, setidak-tidaknya pekerja menghantar mesej bertanyakan hal tersebut.
Katanya, ini menandakan pekerja itu berdedikasi, rajin dan tidak berkira dengan pekerjaannya. Dengan cara itu juga, bos akan nampak usaha pekerja dan lebih mudah naik gaji atau pangkat.
Jangan senyap. Kalau kita sendiri nak jadi bos kepada pekerja kita, tapi tak boleh menghormati bos anda?Anda tak nampak dedikasi, macam mana bos anda nak naikkan pangkat, naik gaji?
Jelas usahawan kontroversi ini, pekerja yang bagus adalah pekerja yang sentiasa menjawab telefon majikan walaupun siang, petang atau malam.
Bila bos korang telefon bukan waktu kerja kena angkat, wajib angkat. Kena jawab mana tau ada perkara penting. Kalau bos telefon waktu cuti sabtu ahad pun kena angkat.
Baginya lagi, pekerja yang bagus akan sentiasa memberi respon bila-bila masa yang diperlukan.
Kredit: TikTok papalarisofficial
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM