Connect with us

Oh! Media

Pekerja Pijak Belacan Semasa Menjemur, Kilang Diarah Tutup 2 Minggu

pijak belacan

Trending

Pekerja Pijak Belacan Semasa Menjemur, Kilang Diarah Tutup 2 Minggu

Dua buah kilang memproses makanan di arah tutup selepas serbuan mendapati premis berada dalam keadaan kotor termasuk dicemari najis tikus.

ADVERTISEMENT

BACA: Kilang Tempe Diarah Tutup DBKL Kerana Makanan Atas Lantai & Pekerja Tak Lakukan Suntikan Tifoid

Memetik laporan Kosmo!, dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang itu, pekerja sebuah kilang memproses belacan di Butterworth dilihat seakan-akan ‘terpijak’ produk berkenaan yang hanya dijemur di atas lantai.

Bukan itu sahaja, kilang yang dipercayai beroperasi lebih lima tahun tanpa lesen perniagaan yang sah itu turut didapati menggunakan logo halal meragukan.

kilang kotor
Foto: Kosmo!

Dalam serbuan berasingan di Tasek Gelugor, persekitaran dan proses pembuatan tauhu di sebuah kilang didapati kotor dengan penemuan najis tikus.

Susulan itu, kedua-dua kilang diarahkan tutup selama 14 hari untuk kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurut Ketua Unit Penguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir Khalid, kilang tauhu itu pernah diperiksa dua bulan lalu melibatkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, hari ini bukan sahaja kita menjumpai najis tikus di dalam stor, tapi keadaan kilang kotor dengan lebihan tauhu yang berselerakan.

Dalam Op Bersih itu, sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan telah dikeluarkan.

Tambah beliau lagi, lapan ke sembilan orang pekerja dikenakan kompaun secara individu kerana belum mendapat suntikan tifoid.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas