Connect with us

Trending

Peguam Kata Fattah Amin Akan Menyatakan Pendirian Untuk Perceraian Secara Baik 7 Oktober Nanti

Pelakon, Fattah Amin masih belum bersedia untuk melepaskan isterinya, Fazura dan sebutan semula kes penceraian itu akan berlangsung pada 7 Oktober nanti.

BACABelum Sedia Lepaskan Fazura, Alasan Fattah Amin Undang Sebak

IKLAN

Menurut laporan Oh Bulan, kedua-dua mereka akan membincangkan isu rumah tangga mereka secara baik dan cuba sedaya upaya untuk memuktamadkan beberapa terma dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili Fattah.

Ini adalah prosiding di mahkamah, jadi tidak wajar anak guam saya khususnya menyatakan apa fakta di sebaliknya kerana ini akan memprejudiskan kes.

Saya ingin menjelaskan secara umum mengenai kenyataan yang sudah dikeluarkan kepada pihak kami dalam mahkamah sebentar tadi selepas ditanya oleh pihak mahkamah.

Pihak defendan, iaitu Fattah setakat ini belum bersedia atau belum bersetuju untuk bercerai secara baik atau sebaliknya. Ini kerana, pihak-pihak dalam kes ini sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan isu.

Adalah perlu untuk pihak-pihak menyelesaikan terma-terma berkenaan sekiranya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik agar tidak dipanjangkan lagi apa-apa perkara yang belum selesai.

Zulkifli juga berdoa agar mereka berdua dapat menyelesaikan perkara ini secara baik dan terma persetujuan dapat dimuktamadkan.

Bukan tu jer, pihak Fattah juga akan menyatakan pendiriannya untuk perceraian secara baik pada 7 Oktober nanti kata Zulkifli.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas